Sunday, April 5, 2009

Ceramah Kemanusiaan Palestin : Suci Dalam Debu



Ceramah Kemanusiaan



Palestin: Suci Dalam Debu



11 April 2009



8.30 malam



Dewanraya Taman Sri Skudai



SEMUA MASYARAKAT BERHAMPIRAN DIJEMPUT HADIR


Wednesday, April 1, 2009

Mesyuarat Penyelarasan

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Ceramah Kemanusiaan Palestin : Suci Dalam Debu akan diadakan seperti berikut :-


Tarikh : 4 April 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balairaya Taman Sri Skudai

Untuk makluman Y. Bhg. Tuan Hj. Mohd. Nasir b. Hj. Mohd. Hashim turut akan menghadiri mesyuarat ini. Diharap semua ahli puteri dapat meluangkan masa.


Terima kasih.

Friday, March 20, 2009

Join Ghazal!

Pergerakan Pu3 Umno Cawangan Taman Sri Skudai sekarang ini sedang mengikuti latihan Ghazal dibawah pimpinan Yayasan Warisan Johor.


Latihan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam.

Kepada ahli Pu3 Skudai yang lainnya jom meramaikan! Bertempat di Bifarina.... JOM!

Wednesday, January 7, 2009

Sambutan Malam Tahun Baru

Majlis Sambutan Malam Tahun Baru anjuran bersama Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) dan KRT Zon Emas Taman Sri Skudai telah selamat diadakan pada 31 Disember 2008 yang lalu. Majlis telah diadakan seawal jam 9.00 malam bertempat di Dewan Raya Taman Sri Skudai. Ahli Pu3Umno Skudai w/pun hanya 4 kerat tetap meluangkan masa bersama2 menjayakan program ini.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Y. Bhg. Datuk Hj. Abd. Aziz b. Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Y. Bhg. Tn. Hj. Nasir, Ahli Majlis MDJBT dan seorang pegawai wakil dari Jabatan Perpaduan Negeri Johor.

Kira-kira 200 orang telah turut hadir untuk sama-sama meraikan kehadiran tahun 2009. Antara pengisian program adalah persembahan karaoke, deklamasi puisi, persembahan tarian melayu dan india daripada KRT Zon Emas Taman Sri Skudai dan Taman Universiti, persembahan life band daripada kumpulan A.W.A.N pertunjukkan drift dan pertunjukkan bunga api.

Selain itu untuk kanak2 program ini turut diselang seli dengan pertandingan teka-teki. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya menepati sasaran dan diadakan dengan jayanya.


Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan malam sambutan


Kumpulan Tarian dari KRT Taman Universiti


Kumpulan Tarian KRT Zon Emas Taman Sri Skudai
Kumpulan Tarian Hindu turut mengambil bahagian pada malam tersebut





Hari Asyura

A little bit late... tapi bolehla untuk bahan bacaan dari nan adooo..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskinfadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marahfadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golonganyang ridha.

4. Menunjukkan orang sesatfadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatimfadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagitiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekahfadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekorgagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan dirifadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahayakeimanan.

8. Mandi Sunatfadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itulafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelakfadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhiratnanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaatfadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama50 tahun melakukannya.lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaatkerana Allah Taala’Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallahsebelas kali.

12. Membaca‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasafadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbukapuasa.

14. PuasaNiat - ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana AllahTaala’fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribukali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Thursday, January 1, 2009

Mesyuarat Pu3Umno Cawangan TSS

Mesyuarat Pu3Umno Cawangan Taman Sri Skudai
Antara Ahli Pu3 yang sudi meluangkan masa

Pu3Umno Skudai turut membantu semasa Persidangan Umno Cawangan Taman Sri Skudai

Cik Norfaizah sedang menyemak senarai nama ahli UMNO Cawangan

Pu3 dan WANITA Umno berganding bahu memastikan kelancaran Persidangan Umno Cawangan

Melakukan semakan nama supaya segalanya berjalan dengan lancar


Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana Mesyuarat Pu3Umno Skudai telah berjaya diadakan pada 23 Ogos 2008 jam 3.00 petang bertempat di Balai Raya Taman Sri Skudai.
Tujuan asal mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengadakan Persidangan Pu3Umno Cawangan Taman Sri Skudai. Namun jumlah kehadiran (7/47) yang amat mengecewakan dan tidak memenuhi kouta maka persidangan ini telah diubah kepada Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru.

Pu3Umno Skudai telah ditubuhkan sekitar tahun 2002. Sehingga ke hari ini keahliannya telah mencecah ke angka 47 orang.