Wednesday, January 7, 2009

Sambutan Malam Tahun Baru

Majlis Sambutan Malam Tahun Baru anjuran bersama Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) dan KRT Zon Emas Taman Sri Skudai telah selamat diadakan pada 31 Disember 2008 yang lalu. Majlis telah diadakan seawal jam 9.00 malam bertempat di Dewan Raya Taman Sri Skudai. Ahli Pu3Umno Skudai w/pun hanya 4 kerat tetap meluangkan masa bersama2 menjayakan program ini.

Antara tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Y. Bhg. Datuk Hj. Abd. Aziz b. Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Y. Bhg. Tn. Hj. Nasir, Ahli Majlis MDJBT dan seorang pegawai wakil dari Jabatan Perpaduan Negeri Johor.

Kira-kira 200 orang telah turut hadir untuk sama-sama meraikan kehadiran tahun 2009. Antara pengisian program adalah persembahan karaoke, deklamasi puisi, persembahan tarian melayu dan india daripada KRT Zon Emas Taman Sri Skudai dan Taman Universiti, persembahan life band daripada kumpulan A.W.A.N pertunjukkan drift dan pertunjukkan bunga api.

Selain itu untuk kanak2 program ini turut diselang seli dengan pertandingan teka-teki. Secara keseluruhannya program ini telah berjaya menepati sasaran dan diadakan dengan jayanya.


Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan malam sambutan


Kumpulan Tarian dari KRT Taman Universiti


Kumpulan Tarian KRT Zon Emas Taman Sri Skudai
Kumpulan Tarian Hindu turut mengambil bahagian pada malam tersebut





No comments:

Post a Comment