Thursday, January 1, 2009

Mesyuarat Pu3Umno Cawangan TSS

Mesyuarat Pu3Umno Cawangan Taman Sri Skudai
Antara Ahli Pu3 yang sudi meluangkan masa

Pu3Umno Skudai turut membantu semasa Persidangan Umno Cawangan Taman Sri Skudai

Cik Norfaizah sedang menyemak senarai nama ahli UMNO Cawangan

Pu3 dan WANITA Umno berganding bahu memastikan kelancaran Persidangan Umno Cawangan

Melakukan semakan nama supaya segalanya berjalan dengan lancar


Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana Mesyuarat Pu3Umno Skudai telah berjaya diadakan pada 23 Ogos 2008 jam 3.00 petang bertempat di Balai Raya Taman Sri Skudai.
Tujuan asal mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengadakan Persidangan Pu3Umno Cawangan Taman Sri Skudai. Namun jumlah kehadiran (7/47) yang amat mengecewakan dan tidak memenuhi kouta maka persidangan ini telah diubah kepada Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa baru.

Pu3Umno Skudai telah ditubuhkan sekitar tahun 2002. Sehingga ke hari ini keahliannya telah mencecah ke angka 47 orang.

No comments:

Post a Comment